Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, November 29, 2010

Coretan dikala serabut ??


Hidup hanyalah sebuah perjalanan panjang yang setiap orang pasti akan hadapi. Hidup ibarat kereta yang dibawa oleh pemandunya iaitu kita. Dalam perjalanan itu sudah tentu kita akan dapat melihat banyak hal, hal yang mungkin dapat membawa kita pada sebuah kesenangan ataupun kesedihan.

Kita mungkin dapat merasai panorama cinta yang indah, kejayaan dalam karier, kesedihan mahupun kekecewaan sewaktu kita betul2 berada di atas. Kereta baru tak semestinya selalu baik, dan Kereta lama tidak semestinya selalu meragam.

Jika suatu hari nanti ia rosak di tengah jalan disebabkan oleh karrier, keluarga mahupun panorama cinta yang dianggap indah, maka kita harus bersedia untuk menghadapinya dengan penuh bersedia. Peperangan tanpa persediaan pasti membawa kekalahan. Persiapan yang cukup amat penting untuk kita terus berjalan walaupun terpaksa berjalan kaki.

Dengan adanya bekalan, kita pasti akan menjadi seorang insan yang menghargai kehidupan dan senantiasa matang. Ketakutan kehidupan pasti tidak akan dirisaukan lagi kerana dengan semua bekalan yang diperolehi, kita dapat menentukan arah jalan yang harus kita susuli.

Hidup juga ibarat sebuku kertas putih yang bersih. Ia akan ditulis dari hari ke hari, tahun ke tahun sehingga meningkat dewasa. Di halaman yang pertama, ia akan dipenuhi dengan keceriaan sewaktu kecil kita. Di halaman yang kedua, ia akan dipenuhi dengan kata-kata pendorong yang akan sentiasa berbisik ditelinga kita bagi menghadapai jiwa muda kita yang sentiasa bergolak.

Di halaman ketiga akan menjadi halaman terakhir bagi kita dimana kita akan menjadi tulisan akan menjadi tidak stabil dari barisan ayat ke barisan ayat seterusnya sehinggalah ke titisan pena biru yang terakhir.

Ingatlah, Kita ibarat kupu-kupu mati yang dihidupkan semula. Dari ulat ia mati menjadi kepompong, dari kepompong ia hidup semula menjadi kupu-kupu yang penuh dengan corak kehidupan, kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan yang mewarnai setiap bahagian. Kehidupan kita unik sifatnya, kadang-kadang begitu kritikal, ada ketikanya sukar difahami atau dengan bahasa yang lebih mudah, hidup ini penuh liku-likunya, dan dalam menghadapinya manusia cuba memanifestasikannya melalui pelbagai cara.

Agaknya inilah kehidupan saya......

5 comments:

sizuka said...

idop kite mcm kain putih..kalau pandai kite corak..berseri lah jadinye..ape2pon..terima semuanya dgn ikhlas..redha dgn ape yg jadi..

p/s..ade kene ngena ke dgn topic post??hehe

yayeed said...

kain putih ngan kertas putih....agak sama tu...betul2, redha je la...

p/s ada kena mengena dengan post...good

Anonymous said...

In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.

just smile, open your eyes, love and go on.

xoxo.

yayeed said...

hopefuly can!

lol

Anonymous said...

Berusaha yang terbaik, Jangan lupa berdoa pada Yang Esa, dan Akhir sekali bertawakal dengan takdir yang telah di tetapkan untuk kite.