Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, November 29, 2011

Petunjuk Terakhir

Tiap2 hari sebelum tido aku mesti pikir, betul ke ape yg aku buat ni? Adakah aku tipu diri sendiri? Smpai bila aku boleh tahan? Senyum tidak bermakna seronok, diam tidak bermakna sedang mengira. Senyum sekadar menutup serabut, diam sekadar nk tunjuk rileks.

Kawan2 jugak the best untuk jadi tempat borak. Inilah yang dikatakan kawan senang ramai kawan susah sikit. Tapi kawan aku susah ke senang ke yang tu jugak terbaik. Nasihat untuk istikharah adalah jalan terbaik untuk aku mendapat petunjuk terakhir. Maybe aku dah jauh sangat dengan Allah, sebab tu aku diuji sedemikian.

Harap dengan istikharah ni dapat memberi aku petunjuk terakhir yang sangat diperlukan. Selepas ini, aku redha jer jika ada ape2 berlaku jika itu jalan yang ditunjukkan oleh Allah untuk aku.

Ya Allah, aku sangat2 memerlukan ini..Aku berdoa agar diberikan petunjuk terakhir darimu untuk hambamu ini.

-amin-

Tuesday, November 1, 2011

D Perindu Kuala Kedah

Disebabkan oleh stress yang amat sangat dengan hotel, malam ni mari makan puas2.

Rekomen orang kedah, makan di restoran D'Perindu, sana tebaik seafood. So aku ngan membe aku pun gerak g restoran tu. Jarak dalam 10 km dari stadium alor setar kedah.

Pengunjung agak ramai n menunggu boleh tahan. Bila makanan sampai, rating yang diberi just ok2 la. Tak sesedap Jeram kat kuala selangor.

Tapi yang special sekali ialah otak2 dier. Otak2 dier agak pelik sedikit sebab ada cendawan, n sayur sebagai toping dier. Bau agak hanyir tapi rasa memang A+++ la. Rupa memang tak mengambarkan rasa.

Overall aku bagi dalam 3 bintang la untuk makanan kat cnie. Rekomen? Ok la bagi yang nak try.

Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Keselesaan untuk berehat perlu bagi merehatkan badan n minda yang penat setelah letih bekerja seharian. Hotel menjadi tempat beristirehat bagi pengunjung2 luar.

Hotel Seri Malaysia Alor Setar menjadi tempat persinggahan aku pada hari ini. Frust gila aku duk hotel nie. Overall aku bagi negatif -1 bintang. Macam2 masalah hotel ni. Aku mintak maaf la kalau aku cakap ni membuatkan sapa2 terasa tapi bagi aku hotel ni memang sucks gila. Kalau nak dibandingkan dengan hotel Ah Keong pn aku rasa tak layak dengan apa yang aku bayar.

Firstly aku check-in dia kata ini bilik suite so mahal sikit, katil ada 2, 1 king and 1 single.Charge yg dikenakan RM280. Bagi aku mahal takpe kalau berbaloi. Then aku masuk bilik tu, firstly aku kena tipu. Katil yang ada hanyalah katil king sahaja. Aku dah start temper. Second aku bukak tv, aku cari remote tapi takder. Aku call reception tanya dia boleh jawab memang takder remote. Aku dah mula menyumpah, "fuck aku bayar 300 untk tv yg tkder remote". Takan aku nak tekan kat tv setiap kali tukar channel.

Then aku redha n tengok channel pulak. Yang ada cuma channel 1,2,3 sahaja. Aku call lagi reception sebab kat brochure tulis ada 12 channel. Dier hantar maintenance, tapi org maintenance tu blh jawab tv kat cnie memang macam ni channel ni je dapat. Free2 aku mengamuk kat reception.

Bagi aku, kepada sesiapa yang nak duduk sini pikir la panjang2 sebab aku bukan nak down kan business orang, tapi kalau macam ni la aku dapat untuk bayaran 300 ringgit, aku rasa lebih baik aku tido kat rumah tumpangan jer. Charge RM280 tu langsung tak layak, yang layak cuma RM80 SAHAJA.

****Tapi satu jer yang hotel nie tak perlu ubah ialah makanan. Makanan kat hotel ni untuk breakfast boleh bagi 3 bintang la. Banyak n boleh tahan rasa sedap, the best is "Bubur Kacang".

Kepada sesiapa yang terasa aku mintak maaf tapi ini hakikatnya. Kepada sesiapa yang berkenaan silalah perbaiki hotel ini kerana ini adalah kali pertama n terakhir aku duduk hotel bernama "Hotel Seri Malaysia".