Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Thursday, November 20, 2008

Petua Tercekik Tulang....?????

Nota: Aku dapat nie dari forwarded e-mail, sesiapa yg menulis benda nie aku rasa dia memang kelakar..... ... Nice!!! So aku nak kongsi la benda nie ngan korang ......

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Hutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman....

Thursday, October 16, 2008

Jamuan Raya Nafas 2008






Seperti biasa NAFAS membuat Jamuan Makan lagi. Kali nie Jamuan Makan sempena Hari Raya Aidilfitri. Jamuan Raya nie diadakan pada 10hb October 2008. Nak kata meriah tu kira boleh la. Ratus2 org ader la kot yang datang kat Jamuan Raya Nafas tu.

Kiteorg tak boleh makan lagi, kena kerja bagi tetamu2 makan. Jamuan nie untuk public, saper2 boleh dtg. Semua org boleh makan kecuali staf2 sebab Jamuan nie dibuat khas untuk bagi org makan jer.


Sesi permulaan sebelum memulakan "Jamuan Raya Nafas" ialah menyediakan makanan. Nie adalah gambar2 ketika staf2 Nafas menyediakan makanan untuk tetamu2 yang hadir. Makanan takderla best sgt, biasa2 jer.





  1. Mee Kari
  2. Yong Tau Foo
  3. Mee/Mee Hun Sup
  4. Satay
  5. Ketupat, Lemang, Nasi impit
  6. Kuih berjenis2
  7. Buah Anggur, Epal and mcm2
  8. Laksa Pinang, Johor
  9. Sup Tulang
  10. Aiskrim
  11. Cadbury mcm2 jenis berkotak2...tak abeh smpai tapau bawak balik...
  12. Duit raya
  13. Goodies bag dan mcm2...aku pn dah lupa
  14. Air bnyk jenis, malas nak citer







Nie la tabiat dalam Nafas nie..Tetamu tak abeh balik lagi, AJK2 TAPAU dah berkumpul untuk bungkus makanan bawak balik. dieorg ingt kenduri kampung ker...asal ader kenduri jer mesti nak tapau bawak balik. Budak2 ofis aku gelar dieorg nie group "TAPAU". Macam2 hal dieorg nie.









Sesi bergambar nie kiteorg amik lepas dah letih bekerja bagi orang makan. Tapi abeh bagi orang makan jer, mengemas belum lagi. Seperti biasa, lelaki baju biru pekat tu asik ader jer kalau aksi2 begambar. (Dari kiri, Kamal (Kaki Jimat), Aku, Kak Hawa, Lupa nama, Kak Mery, Ajak, Sham, & Hamzah.)

Tuesday, October 7, 2008

Funny Toilet Prank



Thursday, September 25, 2008

Sure LAugHHH !!!!

NAFAS - Sambutan Sempena Ramadhan


Pada hujung bulan OGOS yang lalu, warga Nafas ader melakukan gotong-royong sempena menyambut Bulan Ramadhan.


Nafas memang terkenal la kalau bab MAKAN-MAKAN nie. Tak abeh2 makan jer, makan no.1, kejer no.2....hehehe. So memang meriah habis la gotong-royong haritu.


Semua staf2 Nafas turun bergotong royong aritu. Tapi takla semua, ader jugak yang mengelat. Biasa la nama pun MELAYU !!!!


Gambar kat atas nie adalah antara gambar2 yang diambil sewaktu gotong-royong pada haritu. Kalau nak diikutkan, memang banyak aku nak letak tapi takut semak pulak nanti.


Gambar kat atas tu sebenarnya yang betul2 masak 3 org makcik tu jer....dari maner dtg laki (Sham) tu pn aku tak tau.Maner ader cameraman kat citu dier ader..."giler interframe' btl....?????




  • Nie pulak golongan Adam tgh jadi "NAGA"...masing2 layan rokok lepas bekerja tak smpai sejam tapi makan lebih dari sejam.


  • Nie antara golongan hawa kat ofis aku...ramai lagi sebenarnya, tapi dah muka nie jer yang gila bergambar. Ofis aku nie bosan sebab hawa semua dah "berumur", tapi tetap sporting habis.


  • Nie gambar Dato Bukhari'...Bos besar tempat aku. Yang belakang-belakang tu semua KAKI KIPAS Tak Mati pnyer....kejer mengipas jer, tu pasal dapat Bonus 5, 6 bulan masing....aku bdk baru nie tgk jer la dieorg semua dpt bonus.


  • Kan aku dah cakap, maner ader cameraman mesti ader laki nie. Die nie memang terkenal la kat Nafas....memang sporting habis la. Tudung biru and Coklat bahagian depan tu memang antara pempuan paling sporting habis la kat NAFAS.