Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, June 28, 2011

Apa itu Bersyukur


Bersyukur bukan tersungkur!

Cuba pikir sebentar, berapa kali kita penah bersyukur sepanjang hidup kita. Cuba bandingkan berapa kali kebaikan/rahmat yang kita dapat dan bandingkannya dengan berapa kali yang kita penah bersyukur.

Simpan dalam hati dan pikir sendiri. Jangan salahkan ibu mengandung atau bapa yang mengajar. Bapa hanya mampu mengajar tetapi bagaimana corak kehidupan seseorang anak itu adalah ditentukan oleh dirinya sendiri apabila dewasa. Ibarat " Jangan Salahkan Batu jika tersandung, salahkan diri sendiri akibat tidak berwaspada ketika berjalan".

Dulu aku selalu beranggapan kenapa orang itu bagus, kenapa dia kaya, kenapa dier hensem dan bukannya aku yang dapat semua tu. Dari dulu sampai skang, aku memang suka berpikir. Baik ia baik mahupun ia tidak baik, aku akan sentiasa berpikir. Bila nampak isteri dia cantik dan lelaki dier kurang hensem, aku sering mengeluarkan ayat "Tengok, Dunia nie tak Adil...Macam mana muka macam tu boleh dapat isteri Lawa". Ayat yang sering keluar dari mulut2 lelaki yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dier ader.

Kalau guna handphone murah dan terpandang seseorang yang guna handphone mahal pasti aku sorok kerana malu ataupun akan cakap "Kan Bagus Kalau aku banyak duit, mesti aku dapat pakai phone mahal macam tu". Ini semua adalah ayat-ayat yang sering kita gunakan tanpa disedari. Walaupun bagi kita ia cuma ayat yang biasa, tapi ia sebenarnya adalah ayat yang menunjukkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Akan tetapi cuba bila kita dapat phone mahal, kadang2 phone tak berbunyi pun kita keluarkan buat2 cakap ngan orang dalam telefon padahal telefon kredit pun takder(tiada kaitan dengan aku). Inilah lumrah manusia, sanggup berpura-pura semata-mata ingin menunjuk-nunjuk.

Kita sentiasa berpikiran cetek dan senantiasa pandang ke sudut negatif. Kita sepatutnya memandang ke arah positif. Cuba kita pikir, macam mana orang pekak dan buta yang langsung tidak mampu menggunakan telefon atau orang miskin yang terpaksa makan siput babi dan berjalan kaki berkilometer bagi mendapatkan sesuap nasi. Kita sebagai manusia sepatutnya memandang dari sudut ini dan bukan sebaliknya.

Kita diajar tentang Islam dari kecil lagi. Saya rasa semua pun tahu tentang "Baik dibalas Baik dan Jahat dibalas Jahat". Hukum itu sama digunakan oleh setiap agama di malaysia mahupun diseluruh dunia ini. Islam pernah mengatakan jika seseorang itu Baik, pasti akan mendapat jodoh yang Baik dan sebaliknya. Oleh itu, sebelum kita mengeluh mahupun merungut akan pasangan kita mahupun pada nasib kita, kita patut merenung masa silam kita dan sentiasa berpikiran positif kenapa ia boleh terjadi sebegitu rupa. Allah tidak akan menzalimi umatnya sendiri akan tetapi umatnya akan sentiasa menzalimi diri mereka sendiri.

Bersyukur adalah sesuatu yang amat penting bagi kita untuk sentiasa mengingati Allah. Allah tidak memaksa umatnya untuk berubah dengan mendadak. Sesuatu perubahan itu boleh dilakukan dengan perlahan. Perubahan itu lebih indah jika dilakukan perlahan akan tetapi memberi kesan yang amat panjang daripada berubah dengan cepat tetapi kesannya hanyalah seketika.

Mulakan dengan ucapan "alhamdulillah" setiap kali mendapat nikmat dan berubah kepada doa kesyukuran dari hari ke hari. "Perlahan tidak bermakna Bodoh dan Laju tidak bermakna Pandai". Pandai adalah Bodoh jika kita cepat tahu tetapi tidak menggunakannya, dan Bodoh adalah pandai jika lambat tahu dan sentiasa menggunakannya.

” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. Surah An Naml [27] : 19

Friday, June 24, 2011

Kapal Kertas




Hujan adalah rahmat dari Yang Maha Esa. Tapi kenapa segelintir manusia masih lagi tidak menyukai hujan. Bila turunnya air kebumi, maka terbuka la mulut menyatakan "Aduh Hujan lagi". Dimana letaknya kita disisi Pencipta jika kita sering berfikiran sedemikian " Tepuk dada tanya Diri".


Bagi si kecil, hujan adalah suatu nikmat yang pasti membuat mereka tersenyum. Ia adalah bonus bagi mereka yang dalam perjalanan membesar dan memahami apa itu erti kehidupan.


Bagi aku, hujan adalah satu nikmat yang sering aku tunggu bagi memulakan permainan kegemaranku. Sedang aku asyik bermain badminton bersama Kakak tersayang, tiba2 guruh bergema. Aku terkejut dan terus berlari ke dalam rumah. Larian itu tidak bermakna aku takut kepada guruh mahupun kepada demam yang sinonim dengan hujan. Larian aku berakhir di almari kecilku yang sering menjadi tempat persembunyian aku ketika di marahi Ibu.


Beg sekolahku dibuka perlahan-lahan sambil melebarkan senyuman yang susah nak digambarkan. Apa yang aku tunggu akhirnya tiba, hujan tiba ke bumi dengan perlahan-lahan. Senyuman ku semakin lebar selebar tanganku bergerak menunggu saat yang ku nanti-nanti. Tiba-tiba Mariah Carey berbunyi (My Mom), hujan batu! hujan batu! hujan batu! Cepat pergi ambil Baldi!. Aku terdiam sambil berpikir, kenapa hujan batu nak kena ambil baldi, nak buat aper dengan batu tu.


Aku pun berlari keluar melihat apa yang berlaku tanpa memahami kejadian Si Pencipta. My Mom pun suruh cairkan hujan ais batu yang ditadah itu. Kerja dibuat tanpa sebarang pertanyaan dan secara tiba-tiba keluarla ayat yang sehingga kini tersemat di dalam fikiranku, "Air Hujan ais batu nie kalau minum boleh pandai, nanti dah cair minum tau". Pelik! Pelik! tapi persoalan itu hanya seketika bermain di minda ku. Hujan biasa pun turun dan senyuman kembali ku lemparkan.


Selesainya hujan maka bermulalah pengembaraan yang ku nanti-nanti. Kawan2 dicari bagi mencukupkan korum dan pertaruhan dibuat setelah semuanya tiba. "Kapal Kertas" menjadi senjata pertaruhan. Permainan "Kapal Kertas Longkangku" dimulakan betul2 di longkang bersebelahan rumahku. Larian dimulakan setelah "Kapal Kertas" dilepaskan. Jeritan dan kata2 semangat Elak! Elak! Laju Lagi! Laju Lagi! Laju Lagi!, dilaungkan agar "Kapal Kertas" itu memecut laju. Pada kebiasaanya aku kalah, tetapi tuah pada hari itu telah menyebelahi aku. Aku menang dan habuannya pasti aku akan dapat.


Senyuman dan kata2 lagak dikeluarkan sambil kaki melangkah mendapatkan habuan yang dipertaruhkan. "Makcik, aiskrim pop satu, nak color kuning ek", itulah habuan yang ku nanti2kan. Akhirnya aku mendapat kemenangan yang pasti akan menjadi bualan kami di sekolah esok. Mulut menyanyi sambil kaki melangkah meraikan kemenangan yang aku tungu. Dengan berbekalkan kain batik dan t-shirt, My Mom yang dahulunya Mariah Carey telah berubah menjadi Raksaksa sedang menyilangkan kainnya menunggu ketibaan aku dengan rotan di tangan ibarat singa menunggu makanannya.


Muka disembah ke bumi ibarat malu setibanya di hadapan ibu. Kaki tetap melangkah walaupun dimarahi bertubi-tubi. Setibanya di sebelah My Mom, rotan dilepaskan maka habuan yang sebenar telah benar-benar aku terima tepat di bahagian belakangku. Sekali lagi almari kecilku menjadi teman dan tempat persembunyianku sepanjang malam.


My Mom datang dengan wajah yang penuh penyesalan. Dahiku dicium dan badanku dipeluk menandakan ibuku memohon maaf dariku. Maaf diterima dan langkah pun dibukak, bukan nak tido tapi nak makan sebab perut dah lapar sangat dari petang hingga malam tak makan lagi. Makanan dihidang dan My Mom menjadi peneman setia sepanjang waktu itu. Walaubagaimanapun, "Kapal Kertasku" tetap menjadi permainan yang sering ku tunggu bila tibanya hujan.




Thursday, June 23, 2011

Mulut dan Cili Padi



Cili padi kampung!!! Cili padi kampung!!!

Pedas! Peluh! Keluar Air Mata! Tercungap!

Benda yang biasa terjadi bila kita makan sayuran ini. Sayuran ini amat sinonim dengan Negeri Sembilan. Kebiasaanya orang akan cakap " kalau orang Negeri Sembilan mesti suka nie" . Itu adalah ayat yang biasa didengari dan diperkatakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Bagi peminat sayuran ini, cabaran memakan sayuran ini adalah saat yang terbaik. Bagi keluarga aku, Nenek dan Mak memang yang paling power. Bayangkan kanan suap nasi, kiri suap cili. Aku sendiri tak tau aper yang dieorang pikir.

Baru-baru nie member aku masuk hospital akibat ulser usus. Dia nie antara Geng2 Cili Padi la (satu club ngan My Mom). Tengah duk borak-borak, tiba2 aku teringat kenangan aku di beri Cili Padi Kampung dengan penuh KASIH SAYANG oleh My Mom.

Kisah nie berlaku zaman kanak-kanak, zaman dimana kita cepat belajar. Aku nie cepat belajar dan cepat praktikal. Dengan berbekalkan beg sekolah yang amat besar sehingga badan pun kebelakang dan peluh yang berjurai2 baru balik time sekolah petang (baru Darjah 4), aku pun sampai di rumah. Perkara pertama yang aku buat adalah bukak la tv untuk tengok citer power rangers jam 7. 30 petang.

Tengah-tengah syok layan Power Rangers, My Mom pun datang dengan suara yang macam Mariah Carey menjerit-jerit suruh aku kemas beg dan kasut yang dicampak merata-rata. Aku buat derk jer. Macam biasa My Mom datang tutup tv, suruh kemas dulu baru tengok tv. Dengan sempoinya aku mengeluarkan kata2 yang best dekat My Mom, Ba*i, Pund*K, Si*l, Puk*, Bod*h.

My Mom tetap berkeras taknak bukak. Korang bayangkan betapa marahnya aku time tu, dahla time tu power rangers tengah lawan dengan raksaksa last-last minute (raksaksa ubah jadi besar biler dah kalah). Tekanan memuncak, aku terus kuarkan ayat-ayat yang pedas tu. My Mom tiba-tiba bukak peti ais, amik cili dan patah2kan letak kat tapak tangan. Mati-mati ingat nak masak makanan malam.

My Mom datang dengan senyuman yang manis dan berbekalkan cili padi kampung segenggam, terus duk sebelah aku. Time tu aku dah tak sedap hati dah, macam ader bala nak sampai. Tiba-tiba My Mom sandarkan aku kat dinding dan tekapkan muka aku dengan genggamannya yang penuh Kasih Sayang dan Cili Padi Kampung tu. Dier lumurkan macam tengah amik air sembahyang. Tuhan jer tau nasib aku time tu.

Dengan pantasnya aku lari ke kolah bilik air dan rendamkan kepala aku dalam air. Panasnya! Pedasnya! takan dapat rasa sampai biler2...Syok Wo!...Aku sendiri pun tak tau berapa lama aku rendamkan kepala, tapi lepas beberapa minit bibir dah jadi macam angelina jolie + pakai lipstik + Muka Merah + Idung Pedas(termasuk biji cili).

Lepas saat dan ketika tu, setiap kali aku mengeluarkan kata-kata hikmah baik kat My Mom ataupun My Sister, biler saja aku nampak My Mom buka peti ais, aku akan hilang sebelum dier tutup peti ais. Lagi takut dari nampak hantu. Tapi walau macamanapun, aku tetap sayang kat My Mom sampai skang. Takan ader pengganti.