Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Friday, June 24, 2011

Kapal Kertas




Hujan adalah rahmat dari Yang Maha Esa. Tapi kenapa segelintir manusia masih lagi tidak menyukai hujan. Bila turunnya air kebumi, maka terbuka la mulut menyatakan "Aduh Hujan lagi". Dimana letaknya kita disisi Pencipta jika kita sering berfikiran sedemikian " Tepuk dada tanya Diri".


Bagi si kecil, hujan adalah suatu nikmat yang pasti membuat mereka tersenyum. Ia adalah bonus bagi mereka yang dalam perjalanan membesar dan memahami apa itu erti kehidupan.


Bagi aku, hujan adalah satu nikmat yang sering aku tunggu bagi memulakan permainan kegemaranku. Sedang aku asyik bermain badminton bersama Kakak tersayang, tiba2 guruh bergema. Aku terkejut dan terus berlari ke dalam rumah. Larian itu tidak bermakna aku takut kepada guruh mahupun kepada demam yang sinonim dengan hujan. Larian aku berakhir di almari kecilku yang sering menjadi tempat persembunyian aku ketika di marahi Ibu.


Beg sekolahku dibuka perlahan-lahan sambil melebarkan senyuman yang susah nak digambarkan. Apa yang aku tunggu akhirnya tiba, hujan tiba ke bumi dengan perlahan-lahan. Senyuman ku semakin lebar selebar tanganku bergerak menunggu saat yang ku nanti-nanti. Tiba-tiba Mariah Carey berbunyi (My Mom), hujan batu! hujan batu! hujan batu! Cepat pergi ambil Baldi!. Aku terdiam sambil berpikir, kenapa hujan batu nak kena ambil baldi, nak buat aper dengan batu tu.


Aku pun berlari keluar melihat apa yang berlaku tanpa memahami kejadian Si Pencipta. My Mom pun suruh cairkan hujan ais batu yang ditadah itu. Kerja dibuat tanpa sebarang pertanyaan dan secara tiba-tiba keluarla ayat yang sehingga kini tersemat di dalam fikiranku, "Air Hujan ais batu nie kalau minum boleh pandai, nanti dah cair minum tau". Pelik! Pelik! tapi persoalan itu hanya seketika bermain di minda ku. Hujan biasa pun turun dan senyuman kembali ku lemparkan.


Selesainya hujan maka bermulalah pengembaraan yang ku nanti-nanti. Kawan2 dicari bagi mencukupkan korum dan pertaruhan dibuat setelah semuanya tiba. "Kapal Kertas" menjadi senjata pertaruhan. Permainan "Kapal Kertas Longkangku" dimulakan betul2 di longkang bersebelahan rumahku. Larian dimulakan setelah "Kapal Kertas" dilepaskan. Jeritan dan kata2 semangat Elak! Elak! Laju Lagi! Laju Lagi! Laju Lagi!, dilaungkan agar "Kapal Kertas" itu memecut laju. Pada kebiasaanya aku kalah, tetapi tuah pada hari itu telah menyebelahi aku. Aku menang dan habuannya pasti aku akan dapat.


Senyuman dan kata2 lagak dikeluarkan sambil kaki melangkah mendapatkan habuan yang dipertaruhkan. "Makcik, aiskrim pop satu, nak color kuning ek", itulah habuan yang ku nanti2kan. Akhirnya aku mendapat kemenangan yang pasti akan menjadi bualan kami di sekolah esok. Mulut menyanyi sambil kaki melangkah meraikan kemenangan yang aku tungu. Dengan berbekalkan kain batik dan t-shirt, My Mom yang dahulunya Mariah Carey telah berubah menjadi Raksaksa sedang menyilangkan kainnya menunggu ketibaan aku dengan rotan di tangan ibarat singa menunggu makanannya.


Muka disembah ke bumi ibarat malu setibanya di hadapan ibu. Kaki tetap melangkah walaupun dimarahi bertubi-tubi. Setibanya di sebelah My Mom, rotan dilepaskan maka habuan yang sebenar telah benar-benar aku terima tepat di bahagian belakangku. Sekali lagi almari kecilku menjadi teman dan tempat persembunyianku sepanjang malam.


My Mom datang dengan wajah yang penuh penyesalan. Dahiku dicium dan badanku dipeluk menandakan ibuku memohon maaf dariku. Maaf diterima dan langkah pun dibukak, bukan nak tido tapi nak makan sebab perut dah lapar sangat dari petang hingga malam tak makan lagi. Makanan dihidang dan My Mom menjadi peneman setia sepanjang waktu itu. Walaubagaimanapun, "Kapal Kertasku" tetap menjadi permainan yang sering ku tunggu bila tibanya hujan.




No comments: