Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Tuesday, June 28, 2011

Apa itu Bersyukur


Bersyukur bukan tersungkur!

Cuba pikir sebentar, berapa kali kita penah bersyukur sepanjang hidup kita. Cuba bandingkan berapa kali kebaikan/rahmat yang kita dapat dan bandingkannya dengan berapa kali yang kita penah bersyukur.

Simpan dalam hati dan pikir sendiri. Jangan salahkan ibu mengandung atau bapa yang mengajar. Bapa hanya mampu mengajar tetapi bagaimana corak kehidupan seseorang anak itu adalah ditentukan oleh dirinya sendiri apabila dewasa. Ibarat " Jangan Salahkan Batu jika tersandung, salahkan diri sendiri akibat tidak berwaspada ketika berjalan".

Dulu aku selalu beranggapan kenapa orang itu bagus, kenapa dia kaya, kenapa dier hensem dan bukannya aku yang dapat semua tu. Dari dulu sampai skang, aku memang suka berpikir. Baik ia baik mahupun ia tidak baik, aku akan sentiasa berpikir. Bila nampak isteri dia cantik dan lelaki dier kurang hensem, aku sering mengeluarkan ayat "Tengok, Dunia nie tak Adil...Macam mana muka macam tu boleh dapat isteri Lawa". Ayat yang sering keluar dari mulut2 lelaki yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dier ader.

Kalau guna handphone murah dan terpandang seseorang yang guna handphone mahal pasti aku sorok kerana malu ataupun akan cakap "Kan Bagus Kalau aku banyak duit, mesti aku dapat pakai phone mahal macam tu". Ini semua adalah ayat-ayat yang sering kita gunakan tanpa disedari. Walaupun bagi kita ia cuma ayat yang biasa, tapi ia sebenarnya adalah ayat yang menunjukkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Akan tetapi cuba bila kita dapat phone mahal, kadang2 phone tak berbunyi pun kita keluarkan buat2 cakap ngan orang dalam telefon padahal telefon kredit pun takder(tiada kaitan dengan aku). Inilah lumrah manusia, sanggup berpura-pura semata-mata ingin menunjuk-nunjuk.

Kita sentiasa berpikiran cetek dan senantiasa pandang ke sudut negatif. Kita sepatutnya memandang ke arah positif. Cuba kita pikir, macam mana orang pekak dan buta yang langsung tidak mampu menggunakan telefon atau orang miskin yang terpaksa makan siput babi dan berjalan kaki berkilometer bagi mendapatkan sesuap nasi. Kita sebagai manusia sepatutnya memandang dari sudut ini dan bukan sebaliknya.

Kita diajar tentang Islam dari kecil lagi. Saya rasa semua pun tahu tentang "Baik dibalas Baik dan Jahat dibalas Jahat". Hukum itu sama digunakan oleh setiap agama di malaysia mahupun diseluruh dunia ini. Islam pernah mengatakan jika seseorang itu Baik, pasti akan mendapat jodoh yang Baik dan sebaliknya. Oleh itu, sebelum kita mengeluh mahupun merungut akan pasangan kita mahupun pada nasib kita, kita patut merenung masa silam kita dan sentiasa berpikiran positif kenapa ia boleh terjadi sebegitu rupa. Allah tidak akan menzalimi umatnya sendiri akan tetapi umatnya akan sentiasa menzalimi diri mereka sendiri.

Bersyukur adalah sesuatu yang amat penting bagi kita untuk sentiasa mengingati Allah. Allah tidak memaksa umatnya untuk berubah dengan mendadak. Sesuatu perubahan itu boleh dilakukan dengan perlahan. Perubahan itu lebih indah jika dilakukan perlahan akan tetapi memberi kesan yang amat panjang daripada berubah dengan cepat tetapi kesannya hanyalah seketika.

Mulakan dengan ucapan "alhamdulillah" setiap kali mendapat nikmat dan berubah kepada doa kesyukuran dari hari ke hari. "Perlahan tidak bermakna Bodoh dan Laju tidak bermakna Pandai". Pandai adalah Bodoh jika kita cepat tahu tetapi tidak menggunakannya, dan Bodoh adalah pandai jika lambat tahu dan sentiasa menggunakannya.

” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. Surah An Naml [27] : 19

No comments: