Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Tuesday, July 19, 2011

Nuang vs Bersih

9hb July 2011 adalah tarikh dimana Bersih 2.0 menjalankan operasi mereka. Mind-set orang, "Hari Jangan Keluar Rumah". Aku memang tak sokong langsung program Bersih 2.0 nie, bukan sebab aku orang kerajaan. Tapi persoalannya ialah kenapa kita sebagai orang melayu nak kena ikut cakap orang yang bukan bangsa kita. Aku sedih melihat bangsa aku merusuh, baring tengah jalan, dilontar batu, dilontar botol, ditembak air racun dan sebagainya akibat daripada arahan seorang yang bukan bangsa kita. Kenapa ini terjadi??? Mungkin perjuangan yang dilakukan adalah betul, tetapi kenapa kita kena menyeksa diri kita untuk semua ini. Kenapa kita tak ikut cara yang betul. Yang mengetuai seronok duduk diatas pentas manakala kita terpaksa bermandikan darah memperjuangkannya. Bukan kuasa aku untuk meyalahkan sesiapa. Itu aku letak pada korang untuk menilainya.

Sedang rakyat malaysia sibuk memperjuangkan Bersih 2.0 nie, aku membuat program mengenali hutan dimana mulanya aku ingat setengah jam jer naik atas. Rupa2nya 4 jam baru sampai ke kawasan perkhemahan dan masih ada berjam-jam lagi untuk sampai ke puncak.

Setelah aku pick-up budak2 yang terlibat baru aku tau pekara sebenarnya. Ikut hati nak balik jer, tapi dah setengah jalan. Dengan topi ala2 Bruno Mars dan kasut kickers KLCC, aku gerak jugak demi menjaga hati kawan2.

Dari UPM jam 12 tengahari n tiba di kaki gunung Nuang jam 4.20 petang. Mulut aku pun naik letih dah menyumpah Bersih 2.0 nie sebab menyusahkan aku dengan membuat jalan jem mengalahkan Hari Raya.

Setelah selesai menyumbat barang2 nak bawak dimana kebanyakkannya dibawak oleh budak2 hiking (sapa suruh tak bagitau awal2, kan aku dah bawak beg laptop). Tepat jam 4.45 petang aku gerak naik atas.


Pondok pertama dimana kitaorang lepak selepas 45 minit berjalan tapi rasa macam 45 jam. Minum air pun dah macam orang seminggu tak minum. "Nasib Baik U Tak Ikut" ayat member aku kat wife dier. Memang penyayang giler budak nie.

Setelah beberapa jam berjalan, kitaorang jumpa perkampungan orang asli. Time nie rasa macam dah jauh dalam hutan padahal dalam 1 jam lebih jer berjalan.

Tengah2 syok jalan tiba2 aku dengar bunyi Pak Belang. Hati dah tak sedap dah time nie sebab dah jauh berjalan takut ape2 jadi lak. Membe aku mula bersuara "buat bodoh jer", bunyi katak demam tu. Hahahaah Katak dengan Pak Belang kan jauh bunyinya tu.


3 jam berjalan dan kiteorang sampai di Checkpoint terakhir sebelum meredah jalan yang lebih hardcore. Disini la member aku kena sengat ngan arang n hidung nak tercabut. "wei2 hidung aku rasa macam nak tercabut". Kiteorang punyala gelak guling2, bukannya kesian tapi lagi gelakkan ader la. Memang manja giler budak nie, muka jer brutal.

Tiba jer kiteorang kat sana, maka mulalah tugas masing2. Macam biasa aku ditugaskan memasak. Aduyai, kat hutan pun kena masak jugak.

Menu kiteorang :-
1. Bandung Cincau
2. Petai
3. Papadom
4. Ayam BBQ
5. Kailan Ikan Masin
6. Tembikai
7. Durian
8. Burger
9. Sambal Udang (tapi tak jadi sebab lupa beli udang kat giant)

Aktiviti di pagi hari dimana kiteorang buat program memancing. Malam hari jangan sebut la. Macam2 hal, dengan sejuknya, dengan kepala putih kat atas batu, burung kayangan, dengan mengigau menyanyi (hahahahah). Mana nak jumpa orang mengigau menyanyi. Tapi aku dapat dengar kat atas hutan malam2. Bunyi pelik perkara biasa, nama pun dalam hutan, buat bodoh sudah.

Antara gambar2 yang sempat diambil oleh aku dan kawan2. Keindahan alam yang takan jumpa kat "Hutan Batu" dibawah. Keindahan hutan yang hanya dapat dinikmati sementara.



Tempat dimana kiteorang lepak time maghrib. Mengikut hukum hutan, Maghrib tak boleh jalan, kena lepak at least setengah jam bagi menghormati dan mengelakkan perkara2 yang tak elok.

Antara gambar yang sempat aku amik kat air terjun ataupun empangan (bapak ko pemancing bukan pendaki) bak kata member aku.

Dah penat naik berjam-jam, so kiteorang pun turun dalam jam 10.30 pagi. Nie antara trek yang kiteorang kena ikut untuk naik dan turun ke tempat kiteorang lepak.

Tepat jam 4 petang kiteorang sampai kat bawah. Akhirnya berjaya jugak redah walaupun terpaksa tempuh macam2 karenah termasuklah aku sendiri. Makhluk Guling2 ikat kepala, Budak Kecik Buluh, Cik Pon, Cik Kain Putih (Burung kayangan) antara benda yang banyak kat sana. So bersyukur dapat selamat turun.

Kepada Geng2 ku, thanks for the nice trip and i'll definitely join u again but this time i'll bring along all the equipment. :)

No comments: