Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Friday, July 8, 2011

Keturunan atau Diri Sendiri



Lu ni Bodoh la der !!!!

Inilah ayat yang selalu digunakan oleh budak2 zaman sekarang. Toksah sembang la kata saya baik, saya tak mencarut. Baik macam mana pun kita, ayat ni compom penah kuar dari mulut kita."BODOH" adalah ayat yang sering digunakan oleh kita. Tidak kira bangsa India, Cina mahupun Melayu.

Zaman dulu, ramai yang kata bodoh nie berpunca daripada keturunan. Kalau mak ayah tak berapa pandai, anaknya pasti akan terkena tempiasnya. Ibarat kata pepatah "Bapak Borek Anak Rintik".

Pemikiran sebegini memang banyak terdapat dikalangan rakyat Malaysia terutama sekali "MELAYU". "Melayu" ini adalah perkataan yang sangat besar untuk kita terjemahkan. Setiap orang mempunyai pendapatnya masing2. Tapi bagi aku, aku sendiri tak paham apa yang dapat memuaskan orang yang bernama "MELAYU" nie. Kita ibarat adik beradik, perlu mencari jalan bagaimana untuk maju dan bukannya untuk menjatuhkan sesama sendiri.

Tapi zaman sekarang, aku rasa semua tu dah karut. Keturunan mahupun Kecacatan tidak mampu menahan seseorang itu daripada menjadi pandai. Kalau rasa diri nak pandai formulanya cukup senang "Usaha + Usaha + Usaha = Pandai". Kalau takder usaha, toksah sembangla.

Pandai di Universiti tidak semestinya Pandai ketika bekerja. Ilmu memang digunakan sewaktu bekerja, tapi ilmu yang digunakan ketika bekerja tak sampai pun 70% sebenarnya. Selebihnya adalah Ilmu kehidupan. Itu sebabnya orang penah berkata "Cemerlang di Universiti bukan jaminan Cemerlang di tempat kerja"

Ilmu nie perlu belajar sendiri dan bukannya turun dari langit. Benda paling aku tak suka adalah bila orang tak reti buat kerja n menyusahkan orang lain. "Ala tolong la sekali sekala" ayat manis orang, sekali sekala boleh, tapi bila berkala-kala?????. Ia tak menjadi masalah kalau tak menyusahkan orang, tapi kalau menyusahkan???? apa korang rasa. Ini baru betul bukan keturunan tapi kemalasan.

Bodoh!! Bengap!! Sengal!!! itu semua bukannya datang dari keturunan mahupun kekurangan. Ia datang dari diri sendiri iaitu "KEMALASAN". Penyakit yang kita cukup suka bila dia datang especially bila tengah atas katil. So fikir2 kan lah. Cuba tanya diri kita sendiri, dimana letaknya kita di dalam dunia nie. Suka kah kita kalau kita sentiasa diperbodohkan atau ditipu oleh orang yang lebih pandai dari kita. Salam

No comments: