Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Monday, November 29, 2010

Coretan dikala serabut ??


Hidup hanyalah sebuah perjalanan panjang yang setiap orang pasti akan hadapi. Hidup ibarat kereta yang dibawa oleh pemandunya iaitu kita. Dalam perjalanan itu sudah tentu kita akan dapat melihat banyak hal, hal yang mungkin dapat membawa kita pada sebuah kesenangan ataupun kesedihan.

Kita mungkin dapat merasai panorama cinta yang indah, kejayaan dalam karier, kesedihan mahupun kekecewaan sewaktu kita betul2 berada di atas. Kereta baru tak semestinya selalu baik, dan Kereta lama tidak semestinya selalu meragam.

Jika suatu hari nanti ia rosak di tengah jalan disebabkan oleh karrier, keluarga mahupun panorama cinta yang dianggap indah, maka kita harus bersedia untuk menghadapinya dengan penuh bersedia. Peperangan tanpa persediaan pasti membawa kekalahan. Persiapan yang cukup amat penting untuk kita terus berjalan walaupun terpaksa berjalan kaki.

Dengan adanya bekalan, kita pasti akan menjadi seorang insan yang menghargai kehidupan dan senantiasa matang. Ketakutan kehidupan pasti tidak akan dirisaukan lagi kerana dengan semua bekalan yang diperolehi, kita dapat menentukan arah jalan yang harus kita susuli.

Hidup juga ibarat sebuku kertas putih yang bersih. Ia akan ditulis dari hari ke hari, tahun ke tahun sehingga meningkat dewasa. Di halaman yang pertama, ia akan dipenuhi dengan keceriaan sewaktu kecil kita. Di halaman yang kedua, ia akan dipenuhi dengan kata-kata pendorong yang akan sentiasa berbisik ditelinga kita bagi menghadapai jiwa muda kita yang sentiasa bergolak.

Di halaman ketiga akan menjadi halaman terakhir bagi kita dimana kita akan menjadi tulisan akan menjadi tidak stabil dari barisan ayat ke barisan ayat seterusnya sehinggalah ke titisan pena biru yang terakhir.

Ingatlah, Kita ibarat kupu-kupu mati yang dihidupkan semula. Dari ulat ia mati menjadi kepompong, dari kepompong ia hidup semula menjadi kupu-kupu yang penuh dengan corak kehidupan, kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan yang mewarnai setiap bahagian. Kehidupan kita unik sifatnya, kadang-kadang begitu kritikal, ada ketikanya sukar difahami atau dengan bahasa yang lebih mudah, hidup ini penuh liku-likunya, dan dalam menghadapinya manusia cuba memanifestasikannya melalui pelbagai cara.

Agaknya inilah kehidupan saya......

Monday, November 8, 2010

Putrajaya Night View


-Putrajaya-

Setelah kebosanan yang memuncak lepak kat rumah tanpa berbuat aper2...maka putrajaya diredah secara spontan bagi memenuhi masa terluang yang banyak giler.

This time agak berbeza sebab si gemuk takder. So boleh lari sana-sini la tapi tetap bosan gak la sebab tukang komen takder. Tapi dier pasrah jugak la sebab tak boleh join.

This time decide ronda satu putrajaya and snap night view at putrajaya. Berpeluh jugak la cari tempat nak lepak.



Macam biasa trademark putrajaya iaitu Masjid Putrajaya. Mula-mula amik dari depan jer, tapi tengah2 ronda boleh pulak ternampak tower. So operasi memanjat pun dibuat walaupun ditegur.

This one picture yang diambil dari Jambatan putrajaya. Nama jambatan nie jangan ditanya sebab memang tak tau langsung. Disebabkan datang tanpa apa-apa plan, so main redah jer la..Mana tempat yang nampak ok time tengah drive, so berhenti jer.

Nie picture main amik jer. Tengah baik punya smoking kat depan mahkamah putrajaya, aku snap jer bagi mengisi masa terluang.

This one, picture dari Taman Botani Putrajaya. Nama sebenar tempat nie memang tak tau, tapi bersebelahan dengan Taman Botani Putrajaya. Semua gambar2 nie main amik jer tanpa berpikir panjang. So resultnya, teramat la biasa.

Nothing Special!

Wednesday, November 3, 2010

Bukit Cerakah

-Bukit Cerakah -


Date : Selasa - 02hb November 2010

Venue : Bukit Cerakah

Purpose : Lepak2 naik Basikal

Setelah lama kamera dibiarkan berhabuk, setelah lens yang dibeli lama tidak digunakan....akhirnya satu trip telah dibuat bagi mempelajari dan menggunakan harta yang telah dibeli.

First suggestion Cameron Highland, tapi disebabkan cuaca tidak berapa baik, maka Bukit Cerakah la yang diredah. So nie gambar Musim Luruh yang aku sempat amik kat bilik 4 Musim.

Mula-mula planning nak naik basikal....tapi hari agak malang la sebab kedai basikal tutup. Nak blah dah tak boleh sebab dah bayar tiket masuk...buta-buta rugi.

Si Gemuk pn mengamuk la sebab tak dapat naik basikal. Nak jalan kaki tak larat nak bawak badan. So Drama Melayu pun bermula (Sinetron)....????? :)

Dipendekan citer, kena la naik bus dengan budak pempuan yang pakai baju mcm nak g DISCO....aku tak tau baju dier diperbuat dari kain ataupun manik baju...Lip Lap Lip Lap baju dier!

Ni gambar first yang aku amik biler sampai kat area sane. Idea pun dah takder sebab tension.


This one aku amik spontan jer...tengah duk jalan2 kat bilik 4 musim, aku snap jer sebab bunga pun tak banyak kat citu. Gambar nie aku guna lens yang telah dibeli tapi baru 1st time nie guna. Hasil??? Bolehla for newbies.

Nie pun aku main snap jer. Kepala ringan, tangan ringan, semua ringan layan karenah orang kat citu.

This one aku tangkap kat luar bilik 4 musim. Betul2 before aku bayar tiket masuk....Tengah korek2 duit tiba2 nmpak lebah nie...Kecik lagi dari lalat. Baik punyer dier lepak kat bunga MATAHARI. So Snap Time! Klick! Klick!

Setelah letih melayan, kiteorang pun balik la...lepak situ pun pening. Duk tengah-tengah tunggu bas, aku ternampak pulak Pasangan Semut Hitam nie. Aku cari gak sarang dieorang, haram tak jumpa...Agak2 dieorang nie kawen lari kot, takpun cari port BAEK PUNYER!!! heheheh :)

Overall bukit cerakah??? Ok la sebab tak dapat jalan maner2 pn.....Bilik 4 Musim pn just ok! We're looking forward to come again next weekend. Harap-harap takder masalah.