Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger


Monday, July 4, 2011

Luahan Proton



Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton). Saya pasti yang kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya mengeluarkan KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH.

Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya adalah Mitsubishi (Proton) dan Daihatsu (Perodua). Sungguhpun begitu saya percaya dalam setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup dan perkataan2 mereka tidak sampai ke perbincangan umum.

Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga ia mendatangkan manfaat bersama.

KUALITI

Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi yang diekspot, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. memang memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more,harga pulak murah. Warranty lama. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut atau jadikan kereta sampingan. Kalau nak melawa maybe akan berpikir panjang untuk membeli proton. Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti agak kurang memuaskan diberi untuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk menilai.

BUATAN TEMPATAN

Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun nak ajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi tempat pasang body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya kereta yang dipasang di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari kereta yang diimpot seketul dari jepun (ketepikan tax GILA tu).Magic ke nie ?. Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar dan bukannya Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil),Daih Terios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok?.

KEPUASAN

Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan,PASTI nak tukar/tambah beberapa perkara. 1. SPORT RIM 2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power window Depan aje) dan sebagainya. Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak perlu dah tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap.Melainkan kalau betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.

HARGA

Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli Proton.Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ? Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta2 sebab orang terpaksa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA PILIHAN, jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton. Mengapa harga proton murah ?. Sebenarnya harga Proton MAHAL !. Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak 300-400%! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++. Mitsbishi Lancer GT 2.0 baru harga RM 120,800.00 ++ kalau TANPA TAX anda tolak matematik laaa..RM 50,000.00 jee..cikgu skolah boley pakai..Sedangkan Proton Iswara Aeroback (TEMPATAN)berharga RM 37,000.00 ++. Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum banding kualiti/harga Wira dll.Jadi, murahkah Proton ?? Sekali lagi saya biarkan anda yang menilai sendiri perkara ini. Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN.Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOIdengan harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.

AFTA

Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga duniayang semua negara kena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran dunia. Tak tau bila Malaysia nak implimenkan. Kalau ON maknanya???? Harga kereta import tak bole lagi dicukai 300-400%.Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak. Masa tu Proton tak boleh lagi MANJA harapkan gomen punya tax utk lakukan jualan. Kali ini Proton kena betul2 bersaing dari segi KUALITI, LAYANAN, PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA. Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat,BUNGKUSSSS Proton. Anyway, setakat ini saja untuk kali ini.Maaf kalau ada nada yang emosional. Just practicing my rights as a Malaysian and a User.

***** Cerita ini hanyalah luahan pendapat sesetengah pihak dan tiada kaitan dengan sesiapa atau berunsur menjatuhkan mana2 pihak...... Hanya pendapat untuk difikirkan bersama

***** Setiap perubahan mendatangkan kebaikan dan Setiap kebaikan mendatangkan keuntungan.

No comments: